Saturday, November 24, 2012

Program Mykad Smart Shopper

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua,
  Adakah anda tahu IC atau mykad kita ada banyak kegunaannya? Ianya boleh digunakan sebagai driving licence, ATM card, Touch n Go, E-Kasih, loyalty card dan yang terbaru adalah Mykad Smart shopper. Mykad smart shopper ini digunakan sewaktu kita berbelanja, makan, bermalam di hotel atau rest house, betul kereta di bengkel atau ke klinik. Banyak lagi kegunaan mykad ini yang saya rasa masih ramai yang belum tahu keseluruhannya. Yang pasti kita akan mendapat potongan harga atau diskaun dari merchant atau kedai yang kita makan atau berbelanja tadi.Peratus diskaun adalah tertakluk kepada syarat-syarat kedai itu tadi samada nak bagi anda diskaun berapa peratus dari belian anda. Anda juga boleh mendapat mata ganjaran atau point yang boleh dikumpul kepada satu jumlah dan boleh menukarkannya kepada hadiah. Seperti bonus link, Shell kad, Mesra kad dan sebagainya. Sebagai contoh di Melaka ini saja buat masa ini sudah ada merchant atau kedai yang anda boleh pergi untuk berbelanja dan mendapatkan diskaun. Anda hanya perlu menunjukkan mykad anda sewaktu membuat pembayaran.

1. Kedai Select (5 % discount)
di shell Air Keroh
 2. Poliklinik Wahidah (5 % discount)
di kota Cemerlang, Air Keroh
 3. Aida Rich (5 % discount)
Taman Merdeka Permai, Batu Berendam
 4. Nasi Ayam Belanga (5 % discount)
Taman Bertam Ria, Pulau Gadong.
 5. Tailor Designer ( 2 % discount if below RM200, 3 % if above Rm200)
Jalan Melaka Perdana 12, Alor Gajah Melaka.
 6. Teguh Remote It (5 % discount)
Plaza Usaha One Jalan Hang Tuah, Melaka.
( Dan banyak lagi kedai yang sedang dalam perbincangan dengan pihak AJ Sdn Bhd).

Program ini diwujudkan hanya untuk rakyat Malaysia mendapat potongan harga apabila berbelanja dan dapat mengumpul mata ganjaran untuk ditukarkan kepada hadiah. There is no membership expiry date and no additional card to carry, only mykad. Senangkan??? Program yang disokong penuh oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan MDEC (Multimedia Development Corporation) adalah kepunyaan I Synergy Universal Sdn Bhd. I Synergy melantik AJ Sdn Bhd untuk melaksanakan tugas ini.

Program ini melibatkan tiga pihak .. 1) Pengguna 2) Pekedai 3) Dealer pengaktifan.

1) Pengguna - Untuk melayakkan anda memdapat keistimewaan ini anda mestilah diaktifkan dalam satu sistem.. Di bawah platform mykad (pengaktifan secara percuma)

2) Pekedai ataupun merchant - segala macam jenis kedai di galakkan menyertai program ini.. Segala iklan untuk anda diberi percuma. Kita iklan, anda mendapat customer.Segala system online dan off line akan diberi percuma.. Dana adalah dari MDEC .. Takkan diberi percuma anda tidak mahu...Hubungilah saya untuk keterangan lanjut.

3) Dealer pengaktifan - dealer seperti sayalah yg bertanggungjawab untuk mengaktifkan kedua2 pihak diatas.